Monday, May 2, 2011
Skim Rumah Pertamaku
Assalamualaikum wbt.
sekembalinya saya dari tanah suci , terus terfikir untuk menulis pasal skim rumah pertamaku.
ia telah dilancarkan masa bajet hari itu tapi baru sekarang ada kesempatan nak olah.
Skim rumah pertamaku , baik atau buruk :
BAIK - sebab membolehkan orang muda membeli rumah di kawasan bandar ,namun ,
dalam skim tersebut , max harga RM220 000. logik ke rumah harga RM220 000 di kota?
tidak ,kalau ada pun , sub-urban adalah ..
BURUK- banyak sangat tapi dari segi pemikiran seseorang yang paham nilai RM1 lah kan.
Nak terangkan dari segi menaip ni macam tak cool lah,meh saya tunjukkan dari segi kira-kira.
CONTOH(dari rungkai)
Harga rumah: RM150,000
Interest: 6.0% (anggaran untuk fix interest (Islamic))
Tempoh pinjaman: 30 tahun
Pembiayaan 100%: RM899/Bulan
Pembiayaan 90%: RM809/Bulan
Mesti korang macam , ' Ek eleh beza RM90 je , tak yah nak kecoh' .. kan?
itu untung kalau dapat kawan otak nak econimic je berjimat kiri kanan..
RM90 untuk kawan yang otak mcam tu banyak.. kenapa?
see, tempoh pinjaman 30 TAHUN! ok I repeat 30 TAHUN!
sila keluarkan kalkulator yer..
30 tahun x 12 bulan = 360 bulan
360 x RM90 = RM32400
Andaikata korang menyediakan 10% deposit terhadap pihak bank iaitu kira-kira RM15000
bagi contoh diatas , korang dah jimat ...
RM32400 - RM15000 = RM17400 !
RM17400 itu , korang dah boleh buat belanja pergi HAJI okeh untuk antara pakej yang mahal under tabung haji travel. kenapalah nak murah hati sangat bagi kat pihak bank free2??
begitu juga dengan kereta.. di shopping mall and merata-rata cakap pasal skit bayar bulan dalam RM400 or RM500 ... korang janganlah cepat sangat terima.. baca dulu kelebihan and kekurangan. Yang seeloknya untuk orang muda , beli kereta second hand dan kumpul duit untuk buat deposit beli rumah . inshallah , by age 30 , ada rezeki korang nak pakai kereta besar. pakai kereta besar sekarang , minyak pun besar , road tax pun besar. so kenapa nak belanja lebih sedangkan semua orang tengah berjimat ? belanja dan invest lah dengan bijak wahai muda-mudi =)
wallahualam...
Subscribe to:
Posts (Atom)